menu bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

PruBSN Warisan - Hibah


Apa itu PruBSN Warisan?

Satu plan perlindungan yang dibuat khas bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat mereka yang tersayang dalam bentuk hibah (hadiah) sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda.


Apa itu Hibah?

Maksud hibah mengikut islam adalah pemberian/hadiah daripada satu individu kepada individu yang lain atau pihak tertentu dan pemberian tersebut dilakukan semasa individu yang memberi tersebut  masih hidup. Pembahagian hibah dibuat oleh pemunya harta mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak yang.


Pemunya harta bebas menghibahkan harta beliau kepada sesiapa sahaja walaupun penama tersebut tiada pertalian darah dengannya. Malahan, orang bukan muslim juga layak menerima hibah sekiranya pemunya harta menamakannya sebagai penama. Di dalam konteks hibah dari PruBSN Warisan pula adalah bererti wang pampasan.

Perbezaan wasiat dengan hibah:
Sila baca artikel (Harian metro Isnin, 16 Februari 2015)

Kenapa Perlu hibah?

Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah. Pembahagian adalah  secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Jika mengikut hukum faraid, harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan. Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan sebanyak mana yang akan terima. Semuanya adalah terpulang kepada anda.

Satu lagi kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang. Akan tetapi semua ini perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup. Jika tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.


Ciri - ciri PruBSN Warisan

1. Jumlah minimum perlindungan: RM250,000 
2. Tempoh sumbangan: 5, 10, atau 20 tahun, atau Tempoh Perlindungan Penuh
3. Sumbangan Minimum Bulanan: RM100**


** Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan (bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan) anda dan akan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, umur tamat tempoh dan kondisi kesihatan.

4.  Kelayakan umur: 19 hingga 70 tahun
5. Tempoh perlindungan: 70 atau 80 tahun
6. Manfaat perlindungan: 

  • Pampasan kematian
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
  • Pampasan Penyakit Kritikal

7. Pelepasan Cukai: Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)




 request quotation