MENGAPA ANDA PERLU MEMBELI INSURANS HAYAT?
- Bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda.
- Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
- Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara.
- Melindungi kewangan anda daripada jumlah bil rawatan yang tinggi apabila sakit.
APAKAH POLISI YANG PATUT ANDA BELI?
- Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
- Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
- Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
- Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
KETAHUI KEPERLUAN UTAMA DIRI ANDA SEBELUM MEMBELI INSURANS HAYAT
- Tahap risiko di tempat kerja, perjalanan anda ke tempat kerja & persekitaran.
- Budget anda dari segi kewangan & pendapatan bulanan.
- Matlamat utama membeli insurans hayat samada lebih kepada pampasan, rawatan atau pun jumlah simpanan di masa akan datang.
PERLUKAH ANDA MEMBELI INSURANS HAYAT SENDIRI WALAUPUN SYARIKAT DI TEMPAT KERJA ANDA SUDAH PUN MELINDUNGI ANDA SEBAGAI PEKERJA?
Anda masih memerlukan insurans hayat sendiri meskipun syarikat ditempat anda bekerja sekarang sudah pun melindungi para pekerja nya. Ini kerana perlindungan yang sedia ada agak terhad. Terdapat insurans hayat untuk para pekerja hanya melindungi anda hanya pada hari bekerja sahaja. Jika hari Sabtu dan Ahad anda tidak bekerja, ini bermakna jika berlaku kemalangan pada salah satu hari tersebut, insurans tersebut tidak akan melindungi anda.
Terdapat juga insurans hayat untuk para pekerja melindungi anda dari sakit atau kemalangan tetapi apabila tiba pada satu tahap anda kerap ambil cuti kerana masih melalui proses rawatan, syarikat akan memberi amaran demi amaran kerana anda kerap ambil cuti sakit sehingga lah surat henti kerja akan anda terima. Pada peringkat ini anda masih memerlukan rawatan dan apabila anda sudah pun diberhentikan kerja, perlindungan dari insurans syarikat tersebut juga akan ditamatkan. Ketika ini juga anda memerlukan insurans untuk meneruskan rawatan.
Jika anda tidak mempunyai insurans hayat sendiri, anda harus menanggung sendiri segala kos rawatan dan pada masa yang sama anda sudah pun hilang sumber pendapatan kerana hilang pekerjaan. Tetapi jika ketika kerja di syarikat dan dahulu anda sudah pun memiliki perlindungan insurans hayat sendiri dan jika situasi yang sama anda diberhentikan kerja, anda masih boleh meneruskan rawatan tersebut dengan cara anda beralih daripada menggunakan insurans dari syarikat kepada insurans hayat sendiri. Di sini anda terselamat dari masalah kewangan. Jadi ianya sangat penting untuk anda memiliki insurans hayat sendiri.